Sunday, 3 June 2012

Y U NO BE STRONG ?!!

Assalamualaikum,

Alhamdulilah i'm still alive hihi but not hihi when seeing most of your friends are counting days. They'll be back home very soon like 1~2 more weeks left while I have another month to go,pfffttt!
Yeay for me because I'm doing my practical things hereeeeeeeeeeeeeeeeee LOL :DDDD

Apepun,goodluck for everyone yang amek final and amek aftomat pun goodluck jgk...Those yg smpi malaysia awal please dont post anything until i'm backkkk wikky wiikky wiikyyy :DDD ape korg kesah kan? ahahaha tapi aku kesah :OOOO

I'm getting weak and weak and wikky wikky wikkyyyyyyy (~,,~) to see everyone gonna leave me soon,sobs sobs t___t
jangan sangka aku kuat,aku sangat lemah orangnya cuma pandai cover (konon) *Tadi nanes panggil nama mak* boooooo :P


BUNGA ERIKA Y U NO BE STRONG ?!!!


dh la lembik lagi berlemak kuat nangis plak tu *eeeeeuwwwwwww* tak rock lgsg

Tuesday, 22 May 2012

meaning of Goodbye

Askum.....xnk jwb? xpe xdosa pun sb ungkapan yg sy bgi pun xpenuh & xmembawa erti..

Assalamualaikum Warahmatuallah'hiwabarakatu...yg ni xjwb dosa dosa dosa ni :P
ahha siapala sy ingin menilai ttg dosa pahala kalian :) terpulang la enti entun semua nk bls ke xnk..
setelah sekian lama x update (rase2 stiap kali entry pun ayat same) kalau dh pemalas tegar tu mmg jgk la kan..ohoks! tepu dahi tanya selere...selere pun boleh cik bunga daun keladi ke laut~ mcm biasa starting mmg suka dulu melalut..

So kenapa dgn goodbye? pernah x korg  dgr org ckp perkataan HELLO & Goodbye ni xelok disebutkan..ofcourse lah menjadi tanda tanya kt kita kan kan apedehal lak xboleh sebut? sibuk je.. yg psl hello tu ape yg aku tau la kwn aku time belajar dkt foundation dulu tp skrg dia dh dkt egypt smbung medic sane..(lambai tangan kat legend kita ni haha) dia pernah tegur aku jgn ckp hello time agkt call ke atau ckp gn spe2 sbb maksudnye kita ckp kt kwn kita "CELAKA LA BUAT KAMU" pstu kalau kawan kita bls elok sgt la 2x5 kene setepek kt kita balik "CELAKA LA BUAT KAMU JUGA" korg ckp hello ni dlm keadaan happy2kan? pdhl tula korg ckp sbnrnyee =,,= wahahha..kesian jgk buat aku yg jahil ni pun bru tau,bru x bru tahun lepas lah tau psl ni..ihiks..

and nk dijadikan cerita jgk psl goodbye plak Allah tu lorongkan aku untuk ingin tahu psl goodbye pulak tahun ni dgn sendiri..tapi xcukup mendalam & kene tanya org yg lebih arif..ni just sekadar share yg aku cari2 sendiri..

mcm aku post td "the origin of the word 'Goodbye' is the phrase 'God be with ye'


I've heard more than once that goodbye is a contraction of "God be with ye," and even that it was a slang word that came into wide use while being strongly frowned upon by upright Christian citizens. Where does it really come from?
Yes, goodbye (or good-bye) is a contraction of "God be with ye (you)." The first use of a contracted form of "God be with ye" is recorded in a letter written by Gabriel Harvey in 1575: "To requite your gallonde of godbwyes, I regive you a pottle of howedyes." From the 16th to the 18th century, this contraction was spelled in many different ways: godbwye, god b'uy, god buye, god b'wy. The change from god to good, reflected in the spelling good-bye/good-by, was not fully established until the beginning of the 19th century, probably influenced by previously existing phrases such as "good day" and "good night."
Another example of the change from god to good is Good Friday, originally written god Friday, and literally meaning 'holy or sacred Friday'. But why the change from god to good? Though derived from different Indo-European roots, the words god/God and good were usually spelled identically (as god) in Middle English, and so there was confusion and overlap between these two words. The spelling good first appeared about 1250, becoming the established spelling about 1450. Adding to the confusion was the obvious notion that God is good.
According to the century-old Century Dictionary, good-bye was "originally a pious form of valediction, used in its full significance, but now a mere conventional formula without meaning, used at parting." Actually good-bye was a rather new English word at the time the Pilgrims sailed for America. According to Stuart Flexner, former editor-in-chief of Random House Dictionaries, "Slang is as old as English itself...American kids have been speaking a language of their own since they annoyed their Pilgrim parents at Plymouth Rock...It offended Puritan parents that their Pilgrim children took their traditional farewell--God be with you--and turned it into good-bye."
There are many other examples of the contraction of a phrase into a word. In fact the excerpt from Gabriel Harvey's letters quoted above has another familiar contraction: the form howedye (now spelled howdy) comes from the phrase "How do ye?" And in another of Harvey's letters, he writes: "Youre Latine Farewell is a goodly brave yonkerly piece of work, and goddilge yee, I am always marvellously beholding unto you, for your bountifull Titles." Here, goddilge yee, an obsolete expression of gratitude, is yet another example of a contraction, this one from the phrase "God yield (or reward) you." 

ni hanyala sekadar jumpaan info aku di alam maya,
selebihnye mmg kne tanya yg lebih arif lagi bijaksana bijaksini
ape yg aku ingin highlight kan kt sini perkataan ni asalnye dari penganut agama Kristian yg tegar..
so pasni belajo lah kurang2kan ke xyh lgsg gune perkataan Goodbye ni.. 
aku pun still lgi byk benda nk kne belajar&improve diri..Wallahualam..
kalau ade salah silap tu sila2kan tegur :)

okay2 b4 tu korg dh tgok Debat Ptptn tu,fuhh best wooo mmg tertarik menarik mmg roti canai boom betul
kalau yg belum tengok boleh ke link (mcm bunyi keling pun ade) ni http://www.ustream.tv/recorded/22776393 tp yg ni 2nd punya yg 1st and 3rd sendiri cari la nti korg bukak yg 1st mesti jumpe yg sekutu dgn nye jgk..

okaylah,dh lewat benor kt sini..harus gue masuk tidur dlu~

Walaikumusalam :)






Sunday, 13 May 2012

Random Pick Kot

banyak sgt gmbr & mmg xlarat sgt nk belek2 balik penat2 ni..dari 7.30pagi sampai 10.30malam,huh

so far ni la diaaaaaaaaaaa :PPPP








tauuuuuuuuuuu,ktorg duk atas awan :PPP jadi dewa dewi kejap hahahha,video lagi nk belek2 hohooho tgok la kalo rajin ade la post nti :PP

tak terkata2 sgt menakjubkan =')




Thursday, 10 May 2012

Lazy Post

Yup yup yup,mcm biasa semua benda pun malas and aku pun malas nk melalut
since buat blog baru balik ni tkdela aku sllu post benda menarik pun,nafsu time nak buat balik tu KEMAIN.
bkn xnk post ke ape tp penyakit M tu mmg 98% ade dlm badan&diri ini,malang utk diri sendiri xde kekuatan utk melawan okokokokokokokokokokok bukan ayam berkokok tapi okay
antara yg aku nk post tp xtercapai atau erti kata lain M

1.bubble soap dreamflash ( oh mang.. ni bulan lepas punya kot xsilap )
2.picnic & riadah
3.usrah dekat masjid and makan kat restoran halal dkt dlm masjid tu
4.pergi ikea dgn wannabebes =')
5.pergi afimall dgn bestie dunya&akhirat ku <3
6.pastu smlm ade record firework pattern baru kot agak terpegun&terpesona utk Victory's Day
   and banyok lagi hikhikhikhik *gelak manjee*

korg nk abaikan intro atas pun boleh & dialu2kan sb tujuan utama sbnr nk ckp psl video2 ni

sweet&lawak kan? tapi sygnya video ni bulat2 tiru video asal yg kt bwh ni

kan kan? sebijik lagi sejibik ! hohoho

yg ni pun sama tapi aku suka yg ni sb lelaki dlm video clip ni mmg taste gue dong :p

yang ni mmg out ! hahahaha "maafkan saya" aku mmg susah nak minat ape sahaje yg dari korea,xsuke! sowwy weee weee ~ 

okay,mmg xde motif sgt pun aku share psl ni. Hampa je kn? Naseb la haha
Byeeee =///// (mood jiwa roller coster) deng!! :P

Saturday, 28 April 2012

BERSIH 3.0 : Sisi Pandang Seorang Manusia Biasa

Quick post je sebab just copy and paste sahaje,tertarik dgn bro ni punya pengalaman sendiri dkt Bersih 3.0 smlm


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Ramai sahabat bertanya kepada saya bagaimana perhimpunan tadi. Banyak kisah gembira dan mendukacitakan dihebahkan melalui media dan laman FB. Saya cuba untuk menulis berdasarkan pengalaman saya di lokasi Masjid Jamek dari jam 11 pagi ke 5 petang. InsyaAllah saya akan cuba untuk memberikan padangan dari semua segi agar adil buat semua pembaca nota ini.


Ini adalah pertama kali saya turun dalam demostrasi di Malaysia. Saya pernah ada pengalaman turun dalam beberapa siri demostrasi di Ireland termasuk BERSIH 2.0, demonstrasi menentang 'occupation of Gaza' dan penindasan rakyat Syria. Kali ini saya turun sebagai sukarelawan pegawai perubatan yang mempunyai misi membantu mana-mana insan yang memerlukan bantuan tak kira bangsa, agama, umur mahupun peserta ataupun polis sendiri. Kami berpakaian biasa dengan ves berwarna hijau dengan tulisan Medical Team yang cukup mudah dikenali awam.


Saya dan isteri tiba dalam pukul 11 pagi di Stesen Putra Masjid Jamek. Ramai polis kelihatan mengawasi stesen berkenaan. Polis tidak menghalang atau melakukan sebarang tindakan provokasi terhadap orang awam yang turun walaupun ramai yang jelas memakai baju BERSIH. Apabila kami keluar dari stesen berkenaan, kami disapa oleh seorang mak cik lingkungan 40-an yang mengatakan bahawa nampaknya perhimpunan kali jauh lebih aman berbanding BERSIH 2.0 dengan kerjasama yang sangat baik dari pihak polis. 


Kami menuju ke Masjid India di mana kumpulan kami diminta berkumpul untuk sesi 'briefing'. Masa menunggu kawan-kawan yang lain digunakan mengambil gambar, beramah mesra dengan kawan-kawan yang hadir, membeli air di gerai yang tak putus-putus dengan pembeli. Kumpulan yang berada di persekitaran Masjid India saya boleh katakan semudahnya mencecah 2000 orang minimum dalam keadaan kawasan berkenaan tidaklah begitu besar. Kelihatan mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik lingkungan umur 60 - 70 yang turut sama hadir. Kagum! Ada juga anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu dan bapa. Suasana meriah seperti ada sambutan besar sedang berlangsung.


Setelah solat zuhur di Masjid India, kelihatan Dr Dzulkilfi Ahmad, AJK PAS Pusat telah tiba dan bermulalah sesi ucapan ringkas daripada beliau diikuti oleh laungan BERSIH, takbir dan sebagainya. Ketika kumpulan kami diminta bergerak ke kawasan berhadapan Stesen Putra Masjid Jamek di mana ketua kumpulan kami sedang menunggu. 


Subhanallah!


Kumpulan yang agak kecil pada awal tadi telah bertambah bilangannya. Saya tidak dapat mengagak bilangan yang hadir memandangkan tidak berada pada tempat yang tinggi untuk melihat. Tapi sejujurnya, minimum 20,000 orang berada di kawasan berkenaan. Kami mengambil masa yang sangat lama untuk tiba di tempat berkenaan kerana perlu menempuhi lautan manusia.


Tiba kami di tempat Medical Unit, saya berkenalan dengan doktor-doktor dan pengamal perubatan yang ada. Kata mereka perhimpunan kali nampaknya jauh lebih baik. Kami menunggu di sana hingga jam 3 petang tanpa ada apa-apa masalah. Suasana cukup baik, selang seli dengan sorakan dari demonstran yang hadir. Kelihatan beberapa figur berada di atas pentas, antaranya Ambiga dan DSAI.


Tiba-tiba, kami melihat kumpulan besar itu mula bergerak menjauhi arah Dataran Merdeka. Bau gas mula terasa, kemudian disusuli rasa pedih di muka. Face mask dipakai dan garam dikunyah. Seorang doktor kelihatan menyembur muka-muka demonstran dengan air bercampur antasid untuk mengurangkan rasa sakit. Ada yang berdarah di bahagian muka terkena canister daripada semuburan gas. Seorang demostran menghampiri saya, katanya Unit Amal baru sahaja menghebahkan agar demonstradi bersurai atas arahan pimpinan. Belum sempat beredar, polis telahpun mula menyembur kumpulan demonstran dengan air asid dan gas pemedih mata tanpa memberikan sebarang amaran.Kami mula berjalan perlahan-lahan menjauhi kawasan yang disembur.


Tatkala ramai yang sudah bergerak, kami ternampak seorang lelaki tua dalam lingkungan umur 70 tahun sedang duduk kepenatan. Saya dan kawan-kawan memimpin dia perlahan-lahan menjauhi kawasan semburan. Ada lagi beberapa insiden di mana ada di kalangan peserta yang hadir pengsan, sesak nafas, cederan bahagian kaki dan sebagainya. Setiap daripada mereka dirawat sebaiknya dengan alatan perubatan yang ada. 


Kami berjalan agak jauh daripada kawasan Masjid Jamek menjauhi asap yang pedih itu. Kami sentiasa disapa dengan baik dengan senyuman daripada peserta. Bajunya mungkin terlalu menawan =). Sampai di satu tempat berdekatan dengan Menara Maybank, kami duduk berehat. Kelihatan para peserta sudah berjalan menuju pelbagai arah, menandakan perhimpunan hampir tamat. 


Jam 430 petang, kami bergerak semula ke arah Stesen Putra Masjid Jamek dengan tujuan mengambil tren pulang ke rumah. Tiba-tiba kedengaran teriakan manusia dan kepulan asap. Oh, masih belum tamat rupanya. Saya dimaklumkan provokasi berlaku antara polis dan beberapa demonstran. Sesiapa yang memulakannya, saya tidak pasti. Tapi saya tidak menolak kemungkinan bahawa ada demonstran yang memulakan provokasi di samping tindakan polis yang tidak henti-henti menyembur gas dan air asid. 


Kami berjalan ke arah bahagian hadapan kumpulan peserta itu melalui jalan-jalan tepi sehingga masuk ke dalam Stesen Putra. Alhamdulillah tiada apa-apa masalah. Kami menuju ke arah Masjid India untuk bertemu dengan ahli keluarga yang lain, tiba-tiba disapa oleh seorang peserta yang terkena canister pada badannya. Iodin disapu pada kawasan yang luka dan diletakkan plaster. Tiada kecederaan serius insyaAllah.


Disebabkan ahli keluarga telahpun bergerak pulang setelah lama menunggu kami tiba, kami pun mengambil keputusan untuk terus mengambil tren pulang ke rumah. Pegawai polis ramai berkeliaran dalam stesen berkenaan. Mereka kelihatan bekerjasama dengan baik dengan peserta yang ada. Tiada provokasi berlaku. Alhamdulillah. Kami akhirnya tiba di rumah hampir jam 6. Penat memang penat tapi saya tidak menafikan saya puas kerana dapat hadir bersama ratusan ribu manusia membanjiri Bandaraya Kuala Lumpur hari ini.


Saya agak kecewa kerana tidak dapat memberikan rawatan kepada pihak polis dan FRU jika ada yang cedera. Walaupun pandangan sisi politik kita berbeza, insyaAllah disiplin profesionalime seorang doktor saya akan jaga sepenuhnya. Teringin untuk bersama peserta melaung slogan-slogan tapi atas dasar profesionalisme, Alhamdulillah saya dapat mengekalkan 'non-partisan' saya dalam himpunan hari ini. 


Pandang sisi saya :


1. Saya cukup kecewa kerana demonstrasi ini tidak dibenarkan untuk masuk ke Dataran Merdeka. Bagi saya, jika ia dihalalkan oleh pihak berkuasa, banyak perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.


2. Sewajarnya pihak berkuasa memberikan sahaja permit berkumpul dan bagi saya wajar diletakkan syarat-syarat berdasarkan perbincangan dengan pihak penganjur. Sebagaimana di luar negara, di samping anggota polis yang cukup membantu, tanpa provokasi langsung, syarat-syarat seperti masa yang dibenarkan untuk demonstrasi, tanggungjawab penganjur terhadap apa-apa kesalahan peserta termasuk mengotorkan tempat dan sebagainya.


3. Keadaan aman di lokasi-lokasi tadi menyebabkan saya hairan akan keamanan perhimpunan hari ini sehinggalah polis mula menyembur gas dan air asid. Bagi saya, walaupun perhimpunan kali masih dikategorikan sebagai haram oleh pihak berkuasa, kalaulah polis meminta dengan baik daripada pimpinan perhimpunan untuk bersurai, saya meyakini ia tidak akan berakhir sedemikian rupa.


4. Apabila polis mula menyembur air asid dan gas pemedih mata, bermula bibit-bibit provokasi dan keganasan. Saya tidak menolak bahawa ada kemungkinan demonstran yang terlibat dalam aksi keganasan ini mungkin diupah untuk berbuat demikian untuk memburukkan keadaan namun saya juga tidak menolak kemungkinan yang lebih besar iaitu ia memang aksi demonstran pro BERSIH. Saya difahamkan ada dikalangan mereka yang tidak mahu menuruti arahan pimpinan agar tidak terlibat dalam perihal berkenaan. Siapa mereka? Wallahua'lam. Apa-apapun jika benar demonstran berkenaan memulakan provokasi, pimpinan BERSIH wajar bertanggungjawab.


5. Saya tidak boleh memberikan sebarang komen berkenaan beberapa insiden yang berlaku di lokasi lain seperti insiden kereta polis merempuh demonstran disusuli demonstran menterbalikkan kereta berkenaan. Komen dalam poin ke-4 saya rasa boleh merumuskan pandangan saya. Yang bersalah adalah bersalah, tidak kiralah dari kelompok mana. Dan janganlah dituding kesalahan kepada ratusan ribuan yang lain yang datang dengan cukup aman.



6. Saya tidak boleh menyimpan rasa kecewa melihat kekotoran yang berlaku dalam perjalanan pulang saya ke rumah, banyak botol-botol kosong yang berlemparan. Saya tidak tahu samada mungkin selepas saya pulang akan ada kumpulan khas di bawah BERSIH atau dari Unit Amal yang terkenal dengan disiplin yang baik, yang akan melakukan pembersihan. Jika tiada, ia sesuatu yang perlu diambil kira dalam mana-mana demonstrasi pada masa akan datang dan untuk kali ini BERSIH wajar bertanggungjawab sepenuhnya.


7. Bagi yang tidak bersetuju dengam BERSIH in the first place, saya boleh katakan begini. Ramai antara mereka adalah golongan pro Parti Kerajaan yang fanatik. Mereka sudah selesa dengan kehidupan di bawah pemerintahan parti berkenaan. Mereka 'beriman' bahawa rezeki itu datang dari UMNO BN dan rakyat perlu bersyukur dengan apa yang ada. Mereka kelihatan tidak ambil peduli dengan kes-kes penindasan ke atas rakyat yang tidak bersama parti pemerintah, mereka diugut, dipenjara, dipindahkan kerja serta merta malah ada yang dibunuh seperti kes Memali. Tidak termasuk lagi dengan corak pemerintahan yang tidak Islamik dengan kenyataan-kenyataan menghina hukum Islam dan Ulama'. Bagi golongan ini, saya hanya mampu berdo'a. Semoga Allah membuka hati mereka seluas-luas melihat kezaliman demi kezaliman yang berlaku. 


8.  Suka saya ingatkan para pembaca bahawa masalah-masalah yang berlaku dalam sistem pilihanraya kita cukup membimbangkan termasuk dakwaan memberikan kerakyatan sewenang-wenangnya, perpindahan tempat mengundi tanpa pengetahuan pengundi, pengundi yang mustahil seperti orang yang sangat tua, bilangan pengundi yg mustahil dalam satu-satu kediaman dan banyak lagi. Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO. Tempangnya sistem pilihanraya kita!


9. Ada di kalangan yang tidak bersetuju itu merasakan BERSIH 3.0 itu bukan penyelesaian terbaik buat ketika ini. Pandangan ini mungkin betul, mungkin tidak. Apa yang saya perhatikan, golongan ini banyaknya datang dari kumpulan yang tidak langsung terlibat dalam menyelesaikan masalah yang ada. Mereka ada di tebingan, memberikan pandangan dan kritikan. Melihat kepada usaha yang telah dilakukan oleh pihak yang berkenaan dalam menyelesaikan masalah ini dengan baik, saya berpandangan bahawa parti pemerintah kelihatan tidak serius dalam menanganinya. Jelas, tempangnya sistem pilihanraya akan memberikan kelebihan yang cukup tinggi kepada mereka untuk terus berkuasa. Golongan 'amal' lebih tahu selok belok bekerja daripada golongan 'pengkritik', begitulah dapat saya simpulkan. Walau bagaimanapun, kritikan dari pihak luar bagi saya perlu dialu-alukan untuk mematangkan segala bentuk keputusan.


10.  Ada di kalangan mereka yang tidak langsung ambil peduli. Mereka mungkin pening dengan mainan politik yang sedang berlaku. Mereka hidup untuk diri mereka dan keluarga mereka sahaja, makan, tidur, makan, kerja, berhibur. Kitaran hidup tidak menggambarkan diri mereka mahu melakukan sebarang perubahan pada masyarakat dan negara. Golongan ini bagi saya, memang sungguh menguntungkan kerajaan yang memerintah. Jikalau mereka mendaftar diri sebagai pengundi sekalipun, undi buat parti pemerintah hampir pasti berlaku.


11. Tuntutan BERSIH adalah wajar dan mustahak! Rakyat yang turun hari ini adalah sebagai usaha kecil dalam mengembalikan negara kepada keadaan yang lebih baik. Pemerintah mesti disedarkan bahawa rakyat marah dengan kerosakan-kerosakan yang telah mereka lakukan. Jika dalam keadaan perhimpunan ini sudah dari awal diharamkan, dan begini sokongan yang datang, saya tidak boleh mengagak bagaimana jika ia dibenarkan. Kita perlu ingat, masih ramai lagi di luar sana yang ingin hadir tapi tidak berkesempatan, dan masih ramai yang menyokong tapi tidak cukup kuat untuk turun bersama. Sesungguhnya, saya percaya jika pilihanraya kali ini benar-benar bersih, parti pemerintah pasti akan tumbang!


12. Saya mengimpikan sebuah negara yang mampu mewujudkan suasana yang lebih baik pada masa akan datang, khasnya untuk generasi muda. Dan saya pasti melihatkan prestasi kepimpinan negara, mereka gagal melaksanakan dengan baik malah dalam perkara-perkara tertentu menjahanamkan kehidupan rakyat. Semoga nukilan ini memberikan manfaat buat teman-teman yang membaca.


Selamat malam buat teman di Malaysia.


-Abu Hafiy-
28 April 2012 

Okay then terpulangla lagi pada sesiapa yg masih mahu jugde xtentu hala,kdg2 kena fikir jgk perasaan org huu~ kenapa terlalu pndg yg buruk&negatif cuba ambil yang positif and yg baik2 :) husnuzon ~

Then vid bawah ni saje jgk share for fun,release2 baru je  updates smlm..hak3 sengalness tbaikk ;)









Friday, 20 April 2012

Spring :D

Assalamualaikum,

erkk~ bila dh buat blog balik terus hilang segala idea yg kononnya dlu belambak2 & mencurah2 dlm kepala ni,biasa la manusia mmg cmni bila benda dh ada dpn mata xnk time tkde la sibuk cari kan mcm AKU,jujur aku jujur,eh (tanda soal) jujur aku dayus (pulak) sbnrnye aku nk ckp jujur aku gemuk dan kalau boleh aku nk buat title tp aku xsanggup sb aku still rse aku 'kurus' hahahahhaa..tkdela wa smena nk ckp wa ni rindu diri wa yg dlu (tmasuk berat dlu) kdg2 wa rse mcm erkk spe wa skrg? wa still mcari2 ape sbnr tujuan idup wa mmg senang wa ckp wa idup utk Allah,tp betul ke itu dtg dri hati wa,atau sekadar mulut wa ckp potpetpotpet tp wa tetap mcm wa gak,zero to hero zero to minus minus zero itula wa yg skrg,sedih tgk diri wa skrg nk2 di compare org2 baik keliling wa skrg,wa mmg bruntung sgt Allah hantarkan wa org2 baik berdamping gn wa kt sini,kira Allah makbulkan doa wa dulu,kira agak jauhla Allah hantar gua utk bertemua org2 baik ni hik3 tp wa bkn ckp org2 dlu gn wa tu kurang baik ke ape kalau x xdela wa kt sni jugak,diorg la byk bantu wa dlu (jaga hati)

pepun wa nk ckp wa happy sgt idup kt sini cuma wa tak tahan siot homesick gila,xtipu..wa dlu mmg la pernah duk ostel tp apedehal stakat sejengkal ayam je SAAS,kajang gn rumah wa semenyih je n tiap2 migu mak wa dtg lawat wa serius wa xrock dlu tu pun stkt form2 je pstu pindah smk bdr rinching smpi lah wa SPM mmg wa dlu byk hbis masa gn mak wa jela siap mak wa gelak2 je wa homesick pdhal bila borak gn ayah wa siap cite "ayah tpaksa kunci pintu bilik akak n simpan kunci tu sbb mak suka masuk bilik akak pstu menangis2 cium baju2 akak,peluk teddy2 akak xnk kluar dri bilik xnk makan pstu kalau boleh semua brg2 akak mak nak bwk turun letak kt bilik ayah" oooo mak wa sudah kantoi gn wa tp dia cm biasa happy go lucky kantoi pun dia still gelak jugak haissh mana la wa xrindu kt dia lama xkena usik gn wa,stiap kali call dia suka complain yg wa share gmbr2 kt sni sikit,tp wa xrase sikit pun...ke mak salah bkk fb org lain? wa bkn xnk share tp wa skrg rse myampah nak bgambar sb wa dah gemuk,wa skrg tpaksa amek gmbr cover2 konon nmpk kurus la,apedehal besar mcm KING KONG wa xsanggup bgi mak wa tgk anak perempuan dia sorg skrg dh cm tong drum,tkpe mak ade rezki wa kurus balik,itupun kalau wa nk diet la hahahahhaha..

so skrg dh spring kan so wa dh xpyh pakai 'extra lemak' or buble or winter jacket yg kembung xingat dunia tu dh la wa ni 'kurus' kena lak pakai buble mmg nmpk cm DOREMON la wa tu pun gmbr wa kt bwh ni wa bgmbr sorg2 je sb wa xsanggup ade pesaing wa kt sebelah,pesaing wa nnti hanya akan nmpk kn wa mcm HULK...hijau? sape2 yg pernah ckp " wah makin kurus " ni wa bongkar diri wa


see..wa cover amek gmbr dri sisi konon *huit tuit
Doremon dah kantoi ! =,,=

tapi aku ni pun x terlepas mcm perempuan biasa yg sntiasa ingin slim meling dan kelihatan anggun,lumrah seorg wanita sentiasa nk cantik kan? hehe,so spe kat luar se geng gn wa GIMME PAI wa lapar nk makan ni (motif) kalau korg pareasan aku agak menracau entry kali ni,tp itula yg aku nk cakapkan pun. tahla maybe mmg jiwa aku skrg tga JIWA KACAU mana nk balik rumah ,balik rumah plak,dgn balik rumah,tmbah dgn balik rmh lagi,pastu balik rumah and ade lgi stu balik rumah,hah byk sgt benda aku nk kena pk skrg so korg boleh fhm kan :( yela kang nti wa merengek2 panggil mak..mak..mak..smbil kesat hingus korg ckp wa cm kanak2 ribena kang xpasal2 google acc block wa buat kali kedua. minta simpang bro.

and aku skrg tga cuti, Hitler's Day 3 hari cuti olss campur ahad jd la 4 hari tp aku bajet mcm cuti hbis bljr je,tula sikap yg aku 'gemar' pupuk sgt tu ! so byk jgkla aktiviti yg ktorg buat spnjg cuti stakat ni iAllah ade rezki kelapangan aku akan update psl ape aku buat time cuti dgn kwn2 tsayang seperti makan,fb,makan,riadah,makan,fb,makan,makan,makan,makan & makan =,= wahahualam la apa nk jdi kt ktorg ni terutama wa ye diri wa ni T,T

"Oookayyy...okayy..okayyy......okayy..okayyy......okayy..okayyy......okayy..okayyy......okayy..okayyy...kaayyy" sampai sini dlu 

Wassalam :)


Wednesday, 18 April 2012

Google Account y u no believe me ? =x=

Perasan x lama beno aku xmengupdate sebarang entry,pepun first skli aku nk zillion trillion milion thanks dekat Google Acc sbb sekat aku dari log in blog sendiri sbb kan hanyalah dia xcaya yg aku ni dah 'tua' erk i mean dh besar dah 18 xx above kot! "Eeewww Googlewww Accouwww,kitew nieww daww besawww leww!!" ayat ikhlas dari aku utk G.A =_____= so ni antara surprise yg xbape surprise dari G.A buat aku

"blaaaaarkkkkkkkkk" (gaya zizan terkejut)
so aku pun ikut jela kemahuan si encik Google Acc ni
aku pun setuju jela tapiiiiiiiii ................
serius la lawak ke der pun xlawak cmni
ini je yg dia mampu bgi ?  and aku dh try byk kali tp benda yg samala ERROR! -........- 
 tkpe tkpe tkpe tkpe

So di sebabkan class colloq colloq colloq class maka bila aku nk log in balik dia dah hapus acc aku and secara auto nye jgk atikahsuhadah.blogspot.com pun secara rasmi terhapus ("kau pergi....wooooo oooo" lagu aizat) akhirnya kau pergi jua meninggalkan ku wahai blog RIP dkt alam maya tu ye,xsempat say goodbye forever and XOXOXO dari aku,tkpela aku pun dh jumpa penganti baru kau! hahaha nama dia calyces.blogspot.com yoooo! jgn jeles,org dh RIP mne reti jeles LOLOL :D

okay so now bykla benda yg kena aku bina balik setelah semua harapan yg telah ku bina hancur bderai begitu shj dek si Google Acc xpercaya yg aku ni dh nk 20-an dah tahun depan wahai si mangkuk googleee.

"Oookayyy...okayyy...okayyy........okayyy...okayyy........okayyy...okayyy........okayyy...okayyy....." gaya Johan ckp kt era.fm

So okay la,smpi sni dlu...tarataataaaa..taa'taaaaaaaaaaaa

ps: first post for my new blog,hoorayy! XD